Kontroversi Perkauman, ELLE UK Dikritik Selepas ‘Cropped’ Rosé BLACKPINK Dari Foto Media Sosial

Kontroversi Perkauman, ELLE UK Dikritik Selepas ‘Cropped’ Rosé BLACKPINK Dari Foto Media Sosial

Majalah British ELLE UK akhirnya mengambil langkah menangani dakwaan kontroversi perkauman melibatkan anggota kumpulan BLACKPINK, Rosé.

Pada 2 Oktober lalu, ELLE UK memuat naik foto solo Rosé di akaun media sosial mereka dengan kapsyen: “The most standout look came courtesy of Blackpink star Rosé.”

Rosé sendiri turut berkongsi beberapa foto dari pertunjukan fesyen itu di media sosial miliknya, sambil mengucapkan terima kasih kepada pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello.

“Terima kasih kerana menjemput saya menghadiri pertunjukan yang hebat ini. Hasil kerja kamu memang cantik. Saya suka,” tulisnya.

Namun begitu, peminat Rosé masih berang. Ramai meninggalkan komen mengkritik pada hantaran ELLE UK itu.

“Terlalu sedikit, terlalu lewat.”
“Sekurang-kurangnya keluarkan permohonan maaf.”

Malah ada yang terus menyifatkan insiden tersebut sebagai insiden ‘perkauman’.

Kontroversi ini bukan sahaja melibatkan ELLE UK, tetapi turut dikaitkan dengan penyanyi British Charli XCX dan model Hailey Bieber.

Pada 1 Oktober, Hailey berkongsi semula hantaran Charli XCX di Instagram Story, di mana wajah Rosé kelihatan sengaja digelapkan.

Rosé menghadiri Saint Laurent 2026 S/S Women’s Collection Show di Paris pada 30 September lalu sebagai duta global jenama mewah tersebut. Beliau duduk di barisan hadapan bersama Charli XCX, Hailey Bieber dan pelakon Hollywood Zoë Kravitz.

Namun, hantaran media sosial ELLE UK hanya memaparkan ketiga-tiga selebriti itu, manakala Rosé dipotong daripada gambar asal.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan peminat di Korea, Asia dan seluruh dunia. Netizen mengkritik hantaran tersebut dalam pelbagai bahasa dan menyifatkannya sebagai tindakan rasis.

Charli XCX turut menerima kritikan selepas sebuah video oleh Vogue Japan menunjukkan dia berpaling daripada Rosé ketika berbual dengan dua selebriti lain, selain satu foto di media sosialnya yang turut menggelapkan imej Rosé.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai isu representasi dan bias perkauman dalam industri media serta fesyen global, dengan peminat menuntut akauntabiliti daripada jenama, penerbitan dan juga para influencer.

Related post

Leave a Reply