Zahnita Wilson Batal Niat Tutup Kedai Bakeri

Zahnita Wilson Batal Niat Tutup Kedai Bakeri

Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, 40, membatalkan niat untuk menutup kedai bakeri miliknya di Seri Kembangan, Selangor.

Menurut pemilik nama penuh Zahnita Dorothy Hussein Wilson, keputusan untuk mengekalkan operasi dibuat selepas perbincangan bersama pasukan pengurusannya.

“Saya ingin jelaskan di sini, kedai bakeri saya tidak akan ditutup. Segala isu telah diselesaikan dengan baik oleh pihak pengurusan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Terdahulu, Zahnita pernah memaklumkan mengenai kemungkinan penutupan premis tersebut kerana mengalami kerugian susulan jualan yang tidak memberangsangkan.

Bagaimanapun, dia mengakui kenyataan itu dibuat ketika dirinya sedang berdepan tekanan dan keletihan akibat cabaran dalam perniagaan.

“Saya akui ketika itu saya mengalami burnout dan rasa tertekan dengan situasi yang berlaku. Tapi saya tidak akan menyerah kalah. Saya cuma perlukan sedikit masa untuk berehat dan mencari semula semangat,” ujarnya lagi.

Perkongsian terbaharu itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang menyatakan sokongan serta mendoakan agar perniagaan Zahnita terus maju dan berkembang.

Related post

Leave a Reply