“Saya Tidak Mahu Beri Penjelasan Tentang Rumah Tangga”

“Saya Tidak Mahu Beri Penjelasan Tentang Rumah Tangga”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, memilih untuk tidak membuka ruang kepada umum membicarakan hal peribadinya, termasuk soal rumah tangga bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, dia lebih selesa menyimpan perkara berkaitan kehidupan peribadi untuk dirinya sendiri kerana berpendapat tidak semua hal perlu dikongsi kepada khalayak.

“Saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan tentang rumah tangga kerana bagi saya, itu bukan perkara yang perlu diketahui ramai.

“Dalam perkahwinan, pasti akan ada pasang surut dan ujian. Apa yang penting, kita tahu bagaimana hendak menjaga privasi dan batasan supaya tidak terlalu terdedah kepada pandangan luar,” katanya.

Tambah Zizi, dia sememangnya seorang yang berhati-hati dalam berkongsi perkara peribadi di media sosial dan lebih gemar membiarkan orang menilai melalui kerja seninya, bukan kehidupan rumah tangganya.

Terdahulu, hubungan pasangan itu menjadi tumpuan apabila mereka dilihat tidak lagi saling mengikuti di Instagram sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman sebuah program hiburan.

Related post

Leave a Reply