Satu Nekad Habis 5.5 KG Durian Dalam 30 Minit Sebelum Naik Pesawat

Satu Nekad Habis 5.5 KG Durian Dalam 30 Minit Sebelum Naik Pesawat

Sebuah keluarga dari China nekad menghabiskan 5.5 kilogram durian dalam masa hanya 30 minit di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai selepas mendapati durian tidak dibenarkan dibawa menaiki pesawat pulang ke negara mereka. Kejadian tersebut dikongsi oleh seorang pengguna bernama Li di platform media sosial Douyin.

Menerusi video, Li menjelaskan yang bapanya telah membeli beberapa kotak durian segar pada pagi hari mereka mahu pulang ke tanah air, dengan niat untuk menikmati buah berkenaan sebelum penerbangan.

Namun, mereka sempat menjamah beberapa hidangan lain sebelum tiba di lapangan terbang dengan durian yang dibawa bersama. Setelah menyedari buah itu tidak boleh dibawa masuk dalam pesawat, mereka membuat keputusan untuk menghabiskannya di tempat kejadian.

“Bila ada ayah yang degil membeli 5.5 kilogram durian sebelum penerbangan, seisi keluarga tiada pilihan selain menghabiskannya,” tulis Li.

Video itu menunjukkan Li membuat muka tidak tahan sambil bapanya tersenyum gembira membuka kotak durian seterusnya.

Li mendedahkan setiap ahli keluarga terpaksa makan empat hingga lima ulas durian seorang, kerana tidak mahu membazir buah yang mahal itu.

Namun, dia mengaku sesi makan durian secara berlebihan itu terlalu berat untuk dirinya.

“Saya makan terlalu banyak sampai tak mahu tengok durian lagi seumur hidup,” katanya.

Sambil bergurau, dia menambah yang keluarga mereka masih berbau durian ketika menaiki pesawat selain sempat meminta maaf kepada penumpang lain.

“Saya benar-benar minta maaf. Kami takkan degil lagi. Saya tak mahu dengar perkataan ‘durian’ lagi,” katanya.

Video itu telah meraih lebih 150,000 tanda suka, dengan ramai netizen terhibur dengan nasib keluarga tersebut sambil berkongsi pengalaman serupa mereka.

“Ini mengingatkan saya masa pergi ke Thailand dulu. Tiada siapa beritahu minuman sarang burung tak boleh bawa naik kapal terbang, jadi saya terus minum lebih 10 botol di situ juga. Mujurlah kulit jadi licin dan cerah macam digilap selepas itu, jadi tak menyesal sangat.”

“Sebelas paun (5.5 kilogram), itu tak ada apa! Saya, mak saya dan anak perempuan saya yang berusia 11 tahun pernah habiskan 9 paun (4.5 kilogram) durian sekali makan, dan masih tak puas!”

Sumber: Weirdkaya

Related post

Leave a Reply