RM BTS Luah Rasa Kecewa Terhadap Agensi – “Saya Harap Syarikat Kami Ada Sedikit Perasaan Kasih Sayang”
Ketua kumpulan K-Pop BTS, RM, mengejutkan peminat apabila melontarkan kenyataan jujur mengenai agensi mereka, HYBE, ketika bersiaran langsung bersama anggota kumpulannya yang lain menerusi platform Weverse baru-baru ini.
RM memberikan komen yang kedengaran agak tajam terhadap agensi mereka sewaktu membincangkan perancangan besar mereka menerusi ‘comeback’ yang dijadualkan berlaku pada tahun depan.
“Saya harap syarikat kami ada sedikit perasaan kasih sayang terhadap kami.
“Saya jarang cakap benda macam ni, kan? Saya pun tak pasti. Saya cuma berharap mereka lebih menjaga kami dan melayan kami dengan lebih prihatin,” katanya.
Luahan itu bukanlah kali pertama yang dibuat oleh RM. Pada 16 Disember lalu, dia mengadu mengenai kelewatan pengumuman jadual comeback BTS oleh agensinya, BigHit.
“Saya hampir gila nak buat ‘comeback’. Bila syarikat nak umumkan?” tanya RM.
RM turut berkongsi secara terbuka mengenai tekanan mental yang dialami, sambil mengakui pernah terfikir beberapa kali untuk membubarkan BTS. Namun, katanya, dia terus bertahan kerana kasih sayang antara ahli-ahli BTS serta sokongan peminat.
Walaupun perbualan berkenaan menyentuh isu berat, BTS tetap memberi jaminan masa depan yang besar menanti mereka.
“2026 akan jadi tahun BTS,” kata RM dengan penuh keyakinan. Sesuatu yang sangat besar sedang menunggu,” katanya.
Sumber: Allkpop
