BeritaViral

Penulis & Penggiat Industri Usu Azhar Hamzah Meninggal Dunia

Bekas penulis hiburan dan penggiat industri seni tanah air, Usu Azha Hamzah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita tersebut disahkan oleh anak Allahyarham yang dikenali dengan nama Aien yang menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar buat mereka sekeluarga.

“Allahyarham sudah lima tahun menghidap sakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis. Pagi tadi arwah sempat dibawa ke HKL sebelum doktor mengesahkan pemergiannya,” katanya ringkas.

Beberapa rakan artis turut termasuklah pelawak Eby Yus turut hadir memberikan penghormatan terakhir sebelum arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat, Gombak.

Sepanjang bergelar penulis, Usu Azhar atau nama sebenarnya Mohd Nor Azhar Hamzah pernah berkhidmat sebagai penulis di beberapa akhbar tabloid sejak 1990-an.

Allahyarham juga banyak menghasilkan lirik lagu, skrip dan karya kreatif sepanjang aktif di dalam bidang seni.

Related Articles

Back to top button