Hasrat keluarga untuk menyaksikan pembebasan penyanyi Bae Sobar Bae, Eda Ezrin, dibebaskan minggu depan tidak kesampaian apabila pihak pendakwa raya Thailand dijangka mengemukakan rayuan terhadap kes tersebut di Mahkamah Narathiwat.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, pihak pendakwaan sedang mencari tarikh perbicaraan sebelum tempoh rayuan berakhir pada 6 Ogos depan.
“Pendakwa raya sudah membawa rayuan ke mahkamah pusat dan dijangka merujuk kes ini kembali ke mahkamah asal untuk perbicaraan semula,” katanya.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa pihak pendakwaan kemungkinan akan membuka fail kes baharu terhadap semua enam individu terbabit tetapi tuduhan baharu itu masih tidak jelas ketika ini.
Pada Mac lalu, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, di sini, hari ini daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Eda Ezrin, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Keeemua mereka juga didenda sebanyak 4,000 bath (RM526) kepada semua tertuduh bagi kesalahan menggunakan dadah.