Nora Danish & Duda Anak Tiga Semakin Terbuka Kongsi Momen Bersama

Nora Danish & Duda Anak Tiga Semakin Terbuka Kongsi Momen Bersama

Tidak lagi berselindung, lelaki yang dikaitkan dengan pelakon Nora Danish yang dikenali sebagai Mickey Ayo dilihat semakin terbuka berkongsi momen mereka bersama kepada umum.

Lelaki tersebut yang juga perunding kewangan memuat naik sekeping gambar bersama Nora di Instagram Story miliknya sekali gus menuai pelbagai reaksi warganet.

Dalam hantaran berkenaan, duda anak tiga itu dilihat tampil sepadan dengan Nora apabila kedua-duanya mengenakan pakaian berwarna hitam.

Difahamkan, gambar berkenaan dirakam sewaktu mereka meluangkan masa bermain sukan pickleball bersama.

Rata-rata warganet mendoakan agar hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

Terdahulu, kontroversi antara mereka mula tercetus apabila aktres berusia 43 tahun itu berkongsi gambar seorang lelaki berkopiah dipercayai Mickey di Instagram.

Tidak lama selepas itu, Mickey muncul dalam sebuah video lengkap berbaju Melayu bersamping sambil memegang kad undangan yang tertulis huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September, sekali gus menguatkan lagi spekulasi tentang perkahwinan mereka.

Namun, selepas isu itu tular, Nora tampil menjelaskan tiada /sebarang majlis pernikahan akan berlangsung dan menafikan pembabitannya dalam sebarang kempen promosi tertentu.

Related post

Leave a Reply