KTMB Guba Meme Pasangan Curang Di Konsert Coldplay, Pesan Hormati Ruang Awam

Pengendali kereta api nasional Malaysia tidak melepaskan peluang untuk turut sama dalam trend ‘cheating cam’ Coldplay yang kini tular di internet.

Dalam satu hantaran Facebook yang bersahaja, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkongsi ilustrasi pasangan terkenal itu sedang berpelukan dalam gerabak tren.

Hantaran itu jelas merujuk kepada momen viral konsert Coldplay apabila skrin besar di lokasi konsert menayangkan aksi seorang CEO yang berpelukan bersama ketua sumber manusia (HR) syarikatnya.

Ini merupakan kapsyen yang disertakan:

“Ingat, setiap pergerakan anda mungkin diperhatikan.Tingkah laku tidak sopan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 200, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Hormati ruang awam. Jagalah adab sepanjang perjalanan.

“Cukuplah pasangan anda sahaja yang tahu betapa romantiknya anda tak perlu dibuktikan di hadapan khalayak ramai, apatah lagi di dalam tren.

Hantaran itu pantas meraih perhatian ramai, dengan netizen membanjiri ruangan komen sambil ketawa terhibur.

Sumber: Facebook KTMB

Related post

Leave a Reply