Gosip Cinta Jungkook-Winter: SM Ambil Tindakan, Peminat Jungkook Protes Depan Bangunan HYBE

Gosip Cinta Jungkook-Winter: SM Ambil Tindakan, Peminat Jungkook Protes Depan Bangunan HYBE

Khabar angin percintaan antara Jungkook BTS dan Winter Aespa mencetuskan kecaman hebat, sehingga membawa kepada tindakan undang-undang daripada agensi Winter serta protes yang disasarkan kepada Jungkook.

Pada 10 Disember lalu, SM Entertainment mengeluarkan notis rasmi bertajuk ‘Kemaskini langkah undang-undang bagi melindungi hak Winter’.

Agensi itu menjelaskan, mereka menyedari tahap keseriusan hantaran dan komen berniat jahat, termasuk gangguan seksual, fitnah, serangan peribadi, penghinaan, pencerobohan privasi dan kandungan berupa ‘deepfake’ yang melibatkan artis mereka.

“Selepas menyemak bahan tersebut, kami akan memperluaskan aduan jenayah secara berperingkat,” kata agensi itu.

Mereka turut menegaskan, tindakan jenayah dan sivil sedang diambil terhadap individu yang menghasilkan kandungan jahat, menyasarkan Aespa secara berkumpulan.

“Kami telah memperoleh bukti yang kukuh dan akan bertindak tanpa sebarang kelonggaran. Kami meminta semua pihak untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang,” kongsi agensi berkenaan.

Sementara itu, di luar ibu pejabat HYBE di Yongsan, Seoul, sekumpulan peminat Jungkook menganjurkan protes menggunakan trak.

Trak itu memaparkan mesej seperti:

“Kalau tak nak buang tatu pasangan, undur dari aktiviti BTS.”

“Beginikah balasan diberi kepada ARMY yang menunggu semasa kamu menjalani khidmat tentera?”

“Adakah jamy waras, menyebabkan kerosakan kepada kumpulan?”

“Padam tatu pasangan itu dan pulihkan semula kepercayaan yang kamu hancurkan.”

Spekulasi percintaan Jungkook dan Winter bermula pada 4 Disember lalu selepas komuniti online dan pengguna media sosial berkongsi beberapa petunjuk, termasuk tatu tiga wajah anjing yang sama pada lengan kedua-dua mereka.

Selain itu, Jungkook turut dilihat hadir ke konsert Aespa, memiliki cincin dan aksesori telinga yang serupa, serta reka bentuk kuku jari manis yang seakan sama.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh HYBE atau SM Entertainment, menyebabkan ramai beranggapan reaksi ia sebagai satu reaksi yang mengiyakan segala andaian.

Sementara itu, Winter muncul semula di khalayak dua hari selepas khabar angin berkenaan bertiup kencang, untuk menghadiri acara pertemuan bersama peminat.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply