Didakwa Berwajah Sembap Ketika Di Lapangan Terbang, Peminat Bela Wonyoung IVE

Anggota kumpulan IVE, Wonyoung sekali lagi menjadi tumpuan kritikan dalam talian gara-gara penampilan terbaharunya di lapangan terbang.

Pada 19 Julai, satu hantaran di forum dalam talian popular Korea memaparkan gambar-gambar candid penyanyi itu ketika tiba di Lapangan Terbang Incheon selepas menjalani jadual kerja yang padat di luar negara.

Menerusi gambar tersebut, idola yang biasanya tampil sempurna kelihatan sedikit sembap dan letih, sekali gus mencetuskan kritikan daripada netizen.

Hantaran yang bertajuk ‘Wonyoung memang selalu nampak seperti ini ke?’ itu pantas tular, dengan ramai yang membuat spekulasi sama ada dia telah mengalami pertambahan berat badan, melakukan sesuatu pada wajahnya, atau sekadar keletihan dan mengalami penahanan air dalam badan.

Walaupun hantaran asal bernada negatif, ada peminat yang tampil mempertahankan Wonyoung. Mereka menegaskan bahawa dia baru sahaja menjalani jadual yang sibuk malam sebelumnya.

“Rasanya dia habis penggambaran lewat malam tadi. Hanya sebab dia pakai baju biasa sikit, terus orang nak cakap macam-macam. Saya cuma perasan kulit dia nampak sangat cantik. Mesti Wonyoung sudah letih sangat dengan semua ni.”

“Kamu kutuk kata muka dia sembap, kata dia nampak macam Seo Soojin tapi kalau diberi peluang, kamu sanggup jual jiwa untuk muka macam dia.”

“Berapa banyak lagi hantaran jahat kat Nate yang nak keluar cuma sebab muka dia sembap waktu pagi? Lepas dia dapat banyak CF, makin menjadi-jadi viral negatif ni.”

Ada juga yang mempertahankan Wonyoung dengan memuat naik beberapa siri gambar yang membuktikan bahawa dia sememangnya sentiasa cantik.

Visual Wonyoung sememangnya sering menjadi topik perbualan dalam komuniti K-pop, dengan bentuk tubuhnya yang langsing sering dibandingkan dengan standard tidak realistik. Insiden ini sekali lagi membuktikan betapa kerasnya pendapat awam, terutamanya terhadap idola wanita.

Sumber: Weirdkaya

Related post

Leave a Reply