Berbekalkan RM15, Kanak-Kanak Ini Cuba Beli Durian, Tapi…

Kadang-kadang, kebaikan yang sedikit mampu memberi impak yang besar. Hal ini dibuktikan oleh seorang penjual durian.

Menerusi sebuah video TikTok yang tular, tiga kanak-kanak lelaki dilihat cuba membeli durian dengan hanya berbekalkan RM15.

Menerusi video sama, penjual durian itu dengan lembut bertanya berapa banyak wang yang mereka ada.

Kelihatan malu-malu, mereka menunjukkan jumlah keseluruhan RM15 yang terdiri daripada beberapa keping not RM1 dan RM5.

Penjual durian itu membalas: “RM15? Okey, uncle ambil duit tu. Ini Musang King. Tak payah timbang, tak ada caj lebih. Uncle belanja kamu,” katanya.

Seperti tidak percaya dengan apa yang didengar, mereka bertanya kembali: “Betul ke? Kami boleh makan ni? Ini Musang King kan?” tanya mereka.

Penjual itu terus membungkus durian premium tersebut dan menyerahkannya kepada mereka dengan senyuman.

Sebaik sahaja mereka menerima durian berkenaan, jelas terpancar kegembiraan dan rasa terharu dengan kebaikan yang tak dijangka.

Video tersebut dengan pantas menjadi tular, menyentuh hati ramai netizen. Ramai yang memuji keikhlasan dan kemurahan hati si penjual.

Ada juga yang berikrar untuk mengunjungi gerai itu sendiri, bukan hanya untuk menikmati durian, tetapi untuk menyokong seorang peniaga yang penuh ikhlas dan berhati mulia.

Related post

Leave a Reply