Baju Murah, Netizen Puji Gaya Seohyun Girls’ Generation Masih Kelihatan Mahal & Mewah

Penyanyi ini buat semua pakaian yang digayakan nampak seperti barangan mewah!

Salah satu kelebihan menjadi idola K-Pop terkenal ialah akses terhadap barangan fesyen mewah, walaupun hanya untuk kegunaan harian.

Justeru, tidak hairan jika kebanyakan daripada idola K-Pop sering mempamerkan jenama-jenama mewah baik ketika sedang berkerja mahupun ketika bersantai.

Begitupun, lain pula dengan salah seorang anggota kumpulan wanita tersohor, Girls’ Generation iaitu Seohyun.

Baru-baru ini, seorang pengguna platform Instiz telah mengumpulkan beberapa gaya pakaian yang dipakai oleh Seohyun dan harga setiap pakaian yang sangat murah telah mengejutkan ramai orang.

Sebagai contoh, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, dia pernah memakai gaun yang hanya berharga 17,000 Won (RM59).

Dalam satu lagi penampilan, Seohyun mengenakan gaun midi berlipat yang bernilai 34,000 won RM118) manakala ketika bercuti, dia memuat naik gambar sambil mengenakan gaun yang yang harganya sekitar 34,000 KRW (RM118).

Peminat turut menyenaraikan beberapa lagi gambar Seohyun menggayakan gaun yang berharga serendah 10,700 won (RM37) hingga 37,800 won (sekitar RM131).

Hal ini menyebabkan netizen terpegun dengan kemampuan Seohyun menjadikan pakaian murah kelihatan sangat mewah.

Related post

Leave a Reply