Seorang warga Thailand menzahirkan rasa cemburu terhadap rakyat Malaysia gara-gara pasport negara ini yang dikategorikan sebagai antara pasport berkuasa di dunia.
Menerusi satu hantaran di sebuah akaun Faceebok, warga Thailand yang juga seorang pengembara itu menyatakan yang pasport Malaysia membolehkan pemegangnya bebas untuk ke mana-mana sahaja.
Menerusi hantaran berkenaan, dia menyatakan yang rakyat Malaysia boleh mengunjungi 178 negara tanpa perlu untuk memohon visa.
Bagi menyokong kenyataannya, dia memuat naik gambar yang diambil ketika berada di lapangan terbang Rome, yang menunjukkan pengembara dari Malaysia boleh melalui laluan imigresen pantas, tampa perlu beratur panjang.
Sebaliknya, ketara sekali perbandingan dengan pasport negaranya, Thailand hanya boleh boleh digunakan untuk masuk ke 40 negara tanpa perlukan visa.
“Sebagai seorang pengembara dan rakyat negara jiran, saya nak cakap yang saya cemburu,” katanya.
Hantaran itu dikongsikan semula di Threads dan seorang rakyat Malaysa menulis: “Malaysia merupakan satu-satunya negara dari Asia yang rakyatnya boleh memasuki Algeria tanpa visa.
“Sedangkan pemegang pasport dari UK dan US perlu memohon visa,” tulisnya.