Umai Berhijab Atas Kemahuan Sendiri, Siti Sairah Luah Rasa Syukur

Umai Berhijab Atas Kemahuan Sendiri, Siti Sairah Luah Rasa Syukur

Penyanyi Siti Sairah meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Umairah atau mesra disapa Umai memilih untuk berhijab atas kehendak diri sendiri.

Sairah berkata, keputusan itu dibuat selepas anaknya benar-benar bersedia dan menemui ketenangan dalam perubahan tersebut.

“Semuanya datang daripada hatinya sendiri. Dia kata bila pakai tudung, rasa tenang dan selesa.

“Sudah tentu sebagai ibu, saya hanya mampu bersyukur dan mendoakan dia terus istiqamah,” ujar Sairah penuh syukur.

Menurutnya lagi, Umai enggan menghebohkan keputusan itu, sebaliknya memilih untuk melalui proses berhijab secara perlahan-lahan tanpa sebarang tekanan.

“Dia cakap tak mahu buat pengumuman apa-apa. Katanya, biarlah perlahan-lahan, asalkan niatnya ikhlas. Kami sekeluarga hormati dan sokong sepenuhnya keputusan dia,” tambah Siarah.

Dalam pada itu, Sairah mengakui tersentuh hati melihat kesungguhan Umai yang kini tidak lagi keluar rumah tanpa bertudung.

Sairah juga mendoakan agar anak gadisnya itu kekal kuat dan istiqamah dalam perjalanan baharunya.

“Beberapa hari lepas, saya sempat tanya sama ada dia betul-betul dah bersedia. Bila dia jawab ya, saya hanya mampu ucap syukur. Ini langkah yang baik dan saya bangga dengan dia.

“Sebagai ibu, saya memang sebak tengok perubahan dia. Kadang-kadang kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan. Moga Allah permudahkan segalanya untuk dia,” katanya penuh harapan.

Perkongsian Umairah yang memuat naik foto berhijab di media sosial baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai, apabila warganet memuji kecantikannya yang terserlah dengan penampilan sopan dan ayu itu.

Related post

Leave a Reply