Toyota Alphard Berdaftar Di Singapura Disita Di Johor, Disyaki Dijadikan Teksi Haram Rentas Sempadan

Toyota Alphard Berdaftar Di Singapura Disita Di Johor, Disyaki Dijadikan Teksi Haram Rentas Sempadan

Seorang lelaki warga Malaysia yang memandu sebuah Toyota Alphard berdaftar di Singapura disyaki menjalankan perkhidmatan pengangkutan haram rentas sempadan di kawasan kompleks imigresen Malaysia di Tambak Johor.

Kenderaan tersebut telah disita di Johor pada 16 Oktober.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam satu hantaran di Facebook beru-baru ini memaklumkan, pegawainya menahan kenderaan tersebut di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

Siasatan mendapati pemandu berkenaan tidak mempunyai lesen pengendali, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam, dan tidak membayar cukai jalan Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.

Ketika ditahan, kenderaan itu membawa dua penumpang, masing-masing seorang warga India dan Filipina.

JPJ mengeluarkan notis saman kepada pemandu tersebut, manakala kenderaan berkenaan telah disita untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook JPJ

Related post

Leave a Reply