Song Ji Hyo Punya Sebab Rahsiakan Hubungan Cinta Daripada Rakan-Rakan

Song Ji Hyo Punya Sebab Rahsiakan Hubungan Cinta Daripada Rakan-Rakan

Selebriti Korea popular, Song Ji Hyo berkongsi secara jujur tentang sebab mengapa dia ‘merahsiakan’ tentang hubungan cintanya terhadap rakan-rakan.

Hal tersebut dibincangkan oleh Ji Hyo menerusi saluran Youtube miliknya, dalam episod berjudul Christmas Party ft. Kim Jong Kook, Yang Se Chan, Ji Ye Eun.

Menerusi episod berkenaan, barisan selebriti yang terlibat dengan program Running Man itu berbual mengenai hal peribadi masing-masing.

Pengacara, Jung Kook mendedahkan yang mereka sudah pun mengenali luar dalam rakan-rakan sepengacaraan program ikonik tersebut.

Jung Kook kemudian menyentuh tentang pendedahan Ji Hyo yang mengaku pernah menjalinkan hubungan selama lapan tahun, tetapi merahsiakan perkara terbabit kepada teman-teman.

Ji Hyo menjelaskan, dia bukan berniat untuk merahsiakan perkara berkenaan, tetapi dia tidak pernah berbicara mengenai hubungan cinta yang terjalin secara terbuka.

“Bukan saya menipu. Saya cuma tidak pernah bercakap tentangnya,” katanya ringkas.

Apabila ditanya bagaimana dia biasanya menyambut Krismas bersama pasangan, Ji Hyo menjawab dengan jujur: “Saya tak benar-benar dapat meraikannya.

“Setiap minggu Krismas, pasti ada acara atau penggambaran. Bagi orang dalam industri kami, itu adalah waktu paling sibuk,” ujar Ji Hyo.

Wanita itu turut mendedahkan yang dia tidak pernah pergi ke tempat romantik bersama teman lelakinya.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply