“Saya Tak Kisah Di Unfollow” – Elfira Loy Pertahan Pemilik Kucing FIP

“Saya Tak Kisah Di Unfollow” – Elfira Loy Pertahan Pemilik Kucing FIP

Pelakon, Elfira Loy, 31, mempertahankan tindakan seorang pemilik kucing yang dikecam susulan keputusan menidurkan haiwan peliharaannya akibat masalah kesihatan serius, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata dia langsung tidak terkesan sekiranya ada pengguna media sosial yang memilih untuk berhenti mengikuti akaunnya hanya kerana berfikiran negatif terhadap pendiriannya.

“Saya rasa awak terlalu beremosi. Setakat orang yang hatinya tidak baik seperti awak ‘unfollow’ saya, saya tidak kisa jika di ‘unfollow’,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, ibu dua anak itu turut berharap individu terbabit dapat meletakkan dirnya di tempat pemilik kucing yang terpaksa berdepan kehilangan haiwan kesayangan akibat penyakit.

Malah, Elfira mengingatkan setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan dan berdepan kecaman suatu hari nanti.

“Tetapi tunggulah bila giliran awak pula yang tersilap langkah dan dipandang buruk di mata orang.

“Ketika itu, orang lain juga akan menjauhkan diri daripada awak. Dari situ barulah awak akan faham posisi dia dan saya,” katanya.

Terdahulu, tindakan seorang personaliti media sosial menidurkan kucing peliharaannya selepas disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, FIP merupakan penyakit virus yang berpunca daripada jangkitan Feline Coronavirus (FCoV) dan berisiko membawa maut kepada kucing.

Bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana beranggapan haiwan berkenaan masih mempunyai peluang untuk diselamatkan, malah ada yang memetik nama Elfira sambil menyeru pengguna lain untuk berhenti mengikuti akaun pemilik kucing terbabit.

Related post

Leave a Reply