Rumah Diceroboh Kali Kedua, Jungkook BTS Beri Amaran Keras

Rumah Diceroboh Kali Kedua, Jungkook BTS Beri Amaran Keras

Anggota kumpulan BTS, Jungkook memberi amaran keras terhadap sesiapa yang merancang untuk menceroboh masuk ke kediamannya.

Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di platform media sosial, Jungkook berkata yang dia tidak teragak-agak untuk ‘mengurung’ penceroboh jika tertangkap masuk ke rumahnya.

“Kalau kamu datang, saya akan kunci. Semua bukti dah disimpan dan awak akan ditahan.

“Semuanya direkodkan. Kalau masuk parkir saya, awak tak akan boleh keluar kecuali saya yang buka.

“CCTV ada di mana-mana. Kalau tak mahu berakhir di balai polis, jangan sekali-kali masuk,” tegasnya.

Jungkook memberi respons terhadap pencerobohan yang berlaku baru-baru ini, yang melibatkan seorang wanita berusia 40-an.

Dalam masa sama, Jungkook turut berkongsi semula bagaimana penceroboh berkenaan berjaya ditangkap.

“Saya tengok semuanya melalui CCTV. Saya dengar polis sampai, kemudian saya nampak dia lari melalui parkir bawah tanah cuba buka pintu. Akhirnya dia berjaya buka dan polis memang ada di situ.

“Saya saksikan semuanya. Dia mendakwa dia kawan saya… Maksud saya, ARMY memang seperti keluarga dan kawan kepada saya, tapi perkara ini memang tak sepatutnya berlaku. Sudah tentu saya amat bersyukur atas sokongan, tapi ini bukan caranya,” luahnya.

Wanita yang dikenali sebagai A itu dilaporkan mengekori sebuah kenderaan masuk ke parkir bawah tanah lewat malam 30 Ogos sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi polis.

Ketika ditangkap, dia dikatakan meracau dan mendakwa bahawa itu adalah rumah kawan.

Kejadian ini bukan yang pertama. Pada Jun lalu, seorang wanita warga China turut ditahan selepas cuba menceroboh rumah Jungkook dengan berulang kali menekan kod pintu di pintu masuk hadapan.

Polis Yongsan kemudiannya merujuk wanita tersebut tanpa penahanan atas tuduhan cubaan menceroboh.

Related post

Leave a Reply