Rakan Artis Mahu Berat Badan Vidi Naik, Lawat Penyanyi Itu Sambil Bawa Banyak Makanan

Rakan Artis Mahu Berat Badan Vidi Naik, Lawat Penyanyi Itu Sambil Bawa Banyak Makanan

Penyanyi dari seberang, Vidi Aldiano kini sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Sungguhpun saban hari kuat berperang dengan penyakit berkenaan, rasa sakit Vidi sedikit sebanyak terhapus kerana dikelilingi sahabat-sahabat baik yang sentiasa sedia membantu serta membuatnya gembira.

Menerusi kemas kini di Instagram Story miliknya baru-baru ini, Vidi yang sedang berusaha menambah berat badan menerima kiriman makanan daripada sahabatnya yang datang ke rumah untuk mengajaknya makan bersama.

Dalam perkongsian berkenaan, dua pasangan selebriti, Aaliyah Massaid dan Thariq Halilintar serta Yura Yunita bersama Donne Maulana menziarahi penyanyi itu.

Mereka datang ke rumah Vidi dengan membawa pelbagai makanan, antaranya nasi ala tumpeng dan snek seperti donat.

“Happy sangat ada kawan-kawan yang supportive supaya berat badan saya naik. Love you guys,” tulis Vidi.

Kemudian, Vidi sempat berseloroh dengan bertanya di manakah gerangan isterinya memandangkan dia kelihatan seperti berseorangan.

Namun, Vidi hanya bergurau dan sudah maklum dengan jadual kerja Sheila Dara Aisha yang sangat padat.

Yura pula berseloroh mengatakan bahawa berat badan Vidi perlu naik dua kilogram pada hari berkenaan, yang membuatkan penghibur berusia 35 tahun itu sedikit terkejut. Tetapi Vidi tetap berfikiran positif dan yakin boleh.

Terdahulu, Vidi mendedahkan yang kanser buah pinggangnya semakin merebak.

Related post

Leave a Reply