Puteri Balqis Tepis Dakwaan Keluarga Ambil Barang Terlarang

Puteri Balqis Tepis Dakwaan Keluarga Ambil Barang Terlarang

Pelakon Puteri Balqis, 23, menepis dakwaan liar yang mengaitkan keluarganya dengan penyalahgunaan dadah sekali gus telah mencalarkan maruah keluarganya.

Menurut pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi, dia berasa terpanggil untuk memperbetulkan fitnah berkenaan selepas membaca tuduhan yang ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Keluarga saya tidak pernah terlibat dengan dadah. Tidak ketika bekerja, tidak juga ketika tidak bekerja. Jadi kalau berani menuduh, sila kemukakan bukti yang sahih.

“Adakah hanya dengan melihat perangai kami, terus dilabel penagih?” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Balqis turut menyifatkan tuduhan tersebut sebagai cubaan jahat untuk menjatuhkan maruah keluarganya.

“Apabila hati sakit dan tidak dapat lelaki yang diingini, janganlah sampai menyeret keluarga saya dalam fitnah. Kalau mahu bersikap tidak bermaruah, jangan pula bersembunyi di balik media sosial,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Balqis turut menyelar tindakan individu terbabit yang disifatkannya hipokrit apabila tampil bertudung di media sosial tetapi berkelakuan sebaliknya di dunia nyata.

“Anda memfitnah keluarga saya menggunakan imej bertudung, tapi bila bergaul dengan suami orang, semuanya dibuka.

“Jangan rosakkan nama baik wanita bertudung yang benar-benar berakhlak. Melihat perangai anda pun sudah cukup untuk menilai. Jijik,” katanya lagi.

Difahamkan, kenyataan tegas itu dibuat selepas seorang individu meninggalkan komen di Facebook yang menuduh keluarga Balqis sebagai “penghisap dadah”.

Dalam hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik tangkap layar akaun Facebook dan Instagram milik individu berkenaan sebagai bukti.

Related post

Leave a Reply