Perjalanan Karier Hidup Hulk Hogan Diabadikan Dalam Bentuk Dokumentari

Minggu lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian jaguh gusti popular, Hulk Hogan akibat serangan jantung.

Meninggal dunia pada usia 71 tahun, Hogan meninggalkan legasi yang cukup besar, sesuai dengan pengalamannya dalam sukan gusti antarabangsa,

Meskipun Hogan sudah meninggal dunia, kisah hidup lelaki itu dapat disaksikan peminat menerusi dokumentari yang dikatakan bakal ditayang di platform penstriman Netflix.

Difahamkan, dokumentari itu dijayakan dengan kerjasama World Wrestling Entertainment (WWE), dan diterbitkan oleh Hogan.

Menurut laporan media, dokumentari itu bakal diisi dengan kisah peribadi dan karier Hogan, atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea.

Mula dibangunkan pada 2024, dokumentari berkenaan dikatakan masih dalam pembikinan. Hogan mendedikasikan 20 jam untuk ditemu bual dan sebanyak 30 jam kandungan tambahan telah dirakam.

“Penonton akan melihat banyak perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” ujar sumber kepada CNN.

Sungguhpun begitu, tiada sebarang tarikh tayangan bagi dokumentari itu diumumkan kepada peminat.

Related post

Leave a Reply