Pelanggan Lari Lepas Dapat Tahu Harga Char Kuetiau RM59

Pelanggan Lari Lepas Dapat Tahu Harga Char Kuetiau RM59

Sejak sekian lama, kita sering mendengar kisah pelanggan yang terkejut apabila mendapati mereka dikenakan caj makanan pada harga yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini, seorang pelanggan mengambil tindakan cabut lari selepas dimaklumkan sepinggan char kuetiau yang dipesannya berharga RM59, sekali gus membuatkan peniaga berkenaan naik berang.

Kejadian itu dikongsikan menerusi sebuah video di Facebook Penang Kini, yang memaparkan peniaga tersebut menceritakan semula kronologi insiden berkenaan.

Menurut peniaga itu, pelanggan terbabit telah memesan ‘char kuetiau special’ yang didatangkan dengan mi, udang, kerang, telur serta hirisan cili.

Dia turut menegaskan harga hidangan tersebut adalah RM59, bukannya RM59,000.

Ketika membuat pesanan, pelanggan berkenaan dikatakan berlagak sombong malah turut meminta sebiji telur separuh masak tambahan. Namun, sebaik sahaja mendengar harga RM59, dia terus melarikan diri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi pelanggan tersebut dan mengecam harga melampau peniaga berkenaan.

Antara komen berbunyi:

“RM59 untuk char kuetiau? Apa yang diletakkan? Lobster, ketam raja atau daging kambing? Orang memang takkan sokong kalau harga begini.”

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyeru pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK) untuk turun menyiasat.

“If tak ada duit nak makan, pergilah ke gerai murah,” bentak peniaga tersebut yang turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap pelanggan dalam video berkenaan, sebelum merayu agar orang ramai menyokong perniagaannya.

Related post

Leave a Reply