Pelakon Daddy Rock Meninggal Dunia 

Pelakon Daddy Rock Meninggal Dunia 

Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon yang sinonim dengan watak gangster, Daddy Rock pada pagi Selasa. 

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh anak tirinya, Haqimi Azim Rosli yang memaklumkan pemergian Daddy Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd Shahril, 51, berlaku secara mengejut.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi. 

“Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima, tetapi kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya. 

Haqimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya hari ini. 

Menurutnya, dia dan keluarga sedang melalui detik yang sangat sukar dan memohon doa orang ramai agar Allahyarham bapa tirinya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

“Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa. Semoga Allah mengampunkan dosanya, menerima segala amal dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.

“Doakan juga agar kami sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan melalui saat sukar ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” ujarnya. 

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong, Sungai Buloh selepas waktu Zohor. 

Related post

Leave a Reply