Pakar Motivasi Tegur Influencer Kongsi Gambar Bermanja Dengan Anjing

Pakar kesihatan dan motivasi, Dr Zubaidi Ahmad menegur segelintir individu yang dilihat berkongsi secara terang-terangan aktiviti mereka bermain dengan anjing.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Zubaidi berkata, tiada masalah untuk seseorang itu memelihara anjing bagi tujuan keselamatan.

Namun, aksi bermain dan bermanja dengan haiwan berkenaan sepatutnya tidak dipamerkan di platform media sosial.

“Saya nak tegur sikit. Nak bela anjing untuk tujuan keselamatan, seperti unit K9, tiada masalah dari sudut keperluan.

“Namun, bermain dan bermanja dengan haiwan najis mughallazah ini sepatutnya tidak dipamerkan di media sosial secara terbuka.

“Ia mudah jadi fitnah dan ikutan bagi mereka yang kurang ilmu, lalu mungkin tidak mampu menjaga hukum seperti sertu setiap kali bersentuhan,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Zubaidi turut mengingatkan yang tidak semua perkara perlu menjadi bahan tayangan umum.

“Ingat, sebagai influencer bukan semua yang kita buat perlu ditayang. Ada perkara yang lebih baik disimpan sebagai urusan peribadi, demi menjaga adab, sensitiviti masyarakat dan kemuliaan syariat.

“Semoga ia menjadi pengajaran untuk kita agar tidak mempamerkan sesuatu yang ‘peribadi’ di hadapan umum,” tutupnya.

Related post

Leave a Reply