
Nora Danish Kongsi Foto Lelaki ‘Misteri’, Sedang Dilamun Cinta?
Pelakon, Nora Danish, 43, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa keping foto di Instagram, termasuk sekilas wajah seorang lelaki yang identitinya masih menjadi tanda tanya.
Perkongsian itu pantas mengundang spekulasi mendakwa pemilik nama lengkap Nora Mohd. Danish Hanif kini kembali membuka hati untuk bercinta.
Dalam hantaran berkenaan, pelakon itu menggunakan kapsyen ringkas “Ogos” dengan latar muzik lagu Surat Hati nyanyian Devano.
Lebih mencuri perhatian, salah satu foto memaparkan tulisan berbunyi “New chapter, bismillah”, seolah-olah memberi bayangan dirinya melangkah ke fasa hidup baharu.
Kelibat lelaki misteri itu kelihatan mengenakan kaca mata dan berkopiah putih.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti meninggalkan komen teruja serta menitipkan doa agar urusan Nora dipermudahkan.
Imbas kembali, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 16.
Aktres itu kemudian berkahwin sekali lagi dengan Nedim Mohamad Nazri pada Jun 2024 dan berpisah tujuh tahun kemudian.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.