Netizen Teruja Lihat V BTS & Song Kang Makan Bersama – “Dua Jejaka Kacak Dalam Satu Frame”

Netizen Teruja Lihat V BTS & Song Kang Makan Bersama – “Dua Jejaka Kacak Dalam Satu Frame”

Kemunculan terbaharu V BTS dan pelakon Song Kang makan malam bersama-sama telah mencetuskan bualan hangat dalam kalangan netizen.

Seorang saksi yang berkongsi pengalaman di sebuah komuniti dalam talian berkongsi yang V dan Song Kang telah mengunjungi sebuah restoran BBQ di Seoul baru-baru ini.

Kedua-duanya berpakaian santai dan dilihat duduk berhadapan sambil berbual dengan rancak. Walaupun tampil sederhana, visual mereka tetap menarik perhatian, dengan pengunjung mengatakan bahawa suasana itu kelihatan seperti adegan dari sebuah penggambaran majalah.

V sebelum ini pernah menunjukkan hubungan rapatnya bersama Song Kang semasa menjalani latihan ketenteraan.

Mereka pernah dilihat bersenam bersama di gimnasium dengan mengenakan uniform, malah bergambar di photobooth, menonjolkan ikatan persahabatan mereka.

Untuk rekod, V menyertai wajib ketenteraan sebagai anggota aktif pada Disember 2023 dan berkhidmat dalam 2nd Corps Military Police Special Task Force (SDT) sebelum tamat perkhidmatan pada Jun lalu, sementara Song Kang pula menamatkan perkhidmatannya dua bulan lalu.

Pada Oktober, mereka berdua turut dilihat berlari berhampiran Jambatan Banpo Hangang Jamsu bersama pelakon Kim Young Dae dan Jung Geon Joo, sebelum menikmati hidangan di sebuah restoran BBQ.

Netizen memberikan reaksi positif, meninggalkan komen seperti:

“Lelaki kacak sebelah lelaki kacak.”
“Restoran BBQ tu terus nampak macam set photoshoot.”
“Visual Song Kang tetap menyerlah walaupun dalam gambar blur.”
“V nampak macam pelakon bila dia duduk sebelah pelakon.”

Related post

Leave a Reply