Namewee Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Kematian Influencer Taiwan

Namewee Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Kematian Influencer Taiwan

Seorang wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang juga personaliti media sosial ditemui tidak bernyawa di dalam bilik air sebuah hotel mewah di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Ketika penemuan mayat mangsa, penyanyi rap dan pengarah kontroversi, Namewee, 42, turut berada di dalam bilik berkenaan.

Susulan itu, Namewee ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki serta menggunakan bahan terlarang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, siasatan awal kes tersebut yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kini ditukar kepada kes bunuh.

“Kes wanita warga asing yang ditemui di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, penukaran klasifikasi itu dibuat selepas polis memperoleh maklumat baharu hasil siasatan forensik dan laporan awal bedah siasat.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, Namewee akan ditahan semula dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut.

Mangsa yang dikenali sebagai Hsieh Yun Hsin dilaporkan baru tiba di Malaysia pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Dua hari kemudian, dia ditemui terbaring di dalam tab mandi di bilik hotelnya pada jam 1.40 tengah hari.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Related post

Leave a Reply