Manon KATSEYE Didakwa Seorang Yang Liar Ketika Menetap Di Switzerland
Komuniti dalam talian kembali hangat membincangkan mengenai Manon, anggota kumpulan pop antarabangsa KATSEYE, selepas satu hantaran di Reddit kembali tular.
Menerusi hantaran itu, Manon didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika masih berada di Switzerland.
Dimuat naik secara anonim, hantaran itu mengandungi tuduhan kononnya Manon seorang yang sangat teruk semasa menetap di Zurich.
Penulis itu mendakwa, dia pernah bertemu Manon sekali, namun mendengar banyak cerita negatif daripada rakan-rakan dalam lingkaran sosialnya, termasuk dakwaan yang Manon biadab, suka memanipulasi dan tidak berhati perut.
Manon turut dituduh tergolong dalam kumpulan yang sering mengambil dadah dan mempunyai hubungan toksik sesama mereka.
Antara tuduhan yang paling serius termasuk dakwaan bahawa Manon pernah mengkhianati rakan dengan mendekati pasangan mereka, melakukan ‘queerbaiting’ dengan mengaku biseksual tetapi mempermainkan perasaan wanita lain, serta menggunakan perbuatan mencederakan diri sendiri untuk menimbulkan rasa bersalah selepas ditegur atas kelakuannya.
Hantaran itu juga mendakwa Manon meninggalkan Switzerland untuk membina kerjaya di luar negara sebagai usaha menjauhkan diri daripada reputasi buruk tersebut.
Dakwaan berkenaan kini semakin mendapat perhatian, terutama dalam kalangan peminat yang mengkritik KATSEYE.
Setakat ini, Manon belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut, dan tiada sumber yang dapat mengesahkan kebenarannya.
Dalam kalangan peminat, ada yang berpendapat hantaran itu hanyalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi Manon, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai pendedahan penting terhadap kelakuan lampau seorang figura awam.
