Malique Buat Apa Di Hospital Bahagia?

Malique Buat Apa Di Hospital Bahagia?

Penyanyi dan komposer, Malique, 48, kembali mencuri tumpuan apabila memuat naik sekeping foto Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Instagram miliknya.

Tanpa sebarang kapsyen, hantaran itu segera mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya tujuan sebenar penyanyi itu berada di lokasi berkenaan.

Pemilik nama sebenar Cairel Edrin Ibrahim, hanya berkongsi gambar bangunan hospital psikiatri itu, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi.

Ada netizen yang mengandaikan dia ke sana untuk menziarahi penyanyi Yasin Sulaiman yang sebelum ini pernah dirawat di pusat tersebut.

Di sebalik komen positif, muncul pula segelintir warganet yang mendakwa kunjungan itu mungkin berkait dengan masalah peribadinya.

Beberapa peminat turut berkongsi doa agar segala urusan dipermudah dan kesihatan Malique sentiasa baik.

Sebelum ini, nama Malique kembali menjadi bualan ramai selepas kemunculan akaun Instagram rasminya, Malique Ibrahim.

Ramai berharap kewujudan akaun itu menandakan lebih banyak karya baharu bakal menyusul.

Untuk rekod, selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique memilih bergerak secara solo dan menjauhkan diri daripada perhatian media.

Walaupun tidak muncul di mana-mana platform, dia kekal aktif sebagai tenaga kreatif di belakang tabir, menghasilkan pelbagai karya yang terus mendapat tempat di hati pendengar.

Related post

Leave a Reply