Lelaki Viral Cuba Terkam Ariana Grande Diusir Daripada Konsert Lady Gaga

Lelaki Viral Cuba Terkam Ariana Grande Diusir Daripada Konsert Lady Gaga

Johnson Wen, lelaki asal Australia yang pernah dipenjara dan diusir dari Singapura kerana menerkam Ariana Grande pada acara tayangan perdana Wicked: For Good sekali lagi berdepan kontroversi.

Dia sekali lagi menjadi buah mulut selepas dilaporkan diusir daripada konsert Lady Gaga yang berlangsung di Brisbane, Australia pada 9 Disember lalu.

Wen memasuki lokasi konsert dengan cubaan penyamaran, mengenakan rambut palsu, kaca mata hitam dan misai.

Namun, kelibatnya dikesan oleh peminat awal dan pasukan keselamatan.

Menurut hantaran Instagram yang dibuat oleh Wen, dia dihalau keluar dari tempat konsert sebelum persembahan bermula sambil diejek oleh penonton.

Beberapa klip di media sosial turut menunjukkan dia diiring keluar oleh pihak keselamatan dengan aksesori penyamarannya ditanggalkan.

Walaupun tidak jelas sama ada Wen berniat untuk menghampiri Lady Gaga di atas pentas ketika konsert berlangsung, namun, dia mempunyai sejarah melakukan onar yang sama ketika menghadiri konsert artis terkenal, termasuk Katy Perry dan The Weeknd.

Related post

Leave a Reply