
Leeteuk Super Junior Didakwa Dilihat Makan Bersama Seorang Wanita Muda, Cetus Khabar Angin Sedang Bercinta
Baru-baru ini, anggota kumpulan Super Junior, Leeteuk didakwa kelihatan sedang keluar bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.
Perkara itu dikatakan berlaku baru-baru ini, dengan satu hantaran menyatakan tarikh kejadian pada 31 Ogos.
Berdasarkan hantaran di platform X itu, pasangan berkenaan kelihatan duduk di sebuah restoran, dipercayai terletak di padang golf.

Akaun yang berkongsi maklumat itu turut membuat beberapa hantaran lain berkaitan hubungan Leeteuk dengan wanita berkenaan, termasuk dakwaan ‘lovestagram’ serta aktiviti di media sosial yang dikatakan sebagai bukti.
Berdasarkan hantaran tersebut, wanita berkenaan dipercayai dikenali sebagai Jang So Hee, seorang pemain golf profesional yang menjuarai 14th KLPGA Grand Slam Jump Tour pada 2024. Dia juga antara 82 individu yang diikuti Leeteuk di Instagram.
Menurut profilnya, Jang So Hee dilahirkan pada Oktober 2001, kini berusia 23 tahun, kira-kira 18 tahun lebih muda daripada Leeteuk.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Leeteuk tidak pernah mengesahkan atau menafikan sebarang khabar angin bercinta, termasuk dakwaan pernah cuba menghantar mesej peribadi (DM) kepada beberapa influencer.