Kisah Paling Seram Dalam Cerita Malam Raya
LEBARAN seharusnya menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim merupakan menjadi teras utama kepada lagu Cerita Malam Raya. Selain mahu menyebarkan mesej positif, ia juga mengajak orang ramai untuk mengetepikan telefon bimbut dan menghargai detik bersama orang tersayang.
Projek ini merupakan kerjasama perdana antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew, menggabungkan keceriaan hari raya dengan unsur lawak seram berkisahkan sebuah keluarga yang berkumpul pada malam raya dan mengharungi pengalaman ngeri dan menggelikan hati bersama-sama.
Ia mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kemeriahan perayaan paling bermakna apabila dinikmati bersama. Unsur cerita seram ini diinspirasikan daripada tradisi filem hari raya dan perbualan larut malam di antara keluarga dan rakan-rakan.
Jelas Luman Podolski, apa yang cuba ditampilkan di dalam lagu ini sedikit berbeza daripada kebiasaan dan dia teruja kerana dapat terlibat sama dalam pembikinan naskhah ini sejak awal lagi.
“Berkolaborasi dengan ZUS Coffee dalam proses kreatif video muzik Cerita Malam Raya merupakan sebuah pengalaman yang bermakna. Susunan lagu daripada Faithful Music sememangnya membakar semangat perayaan dan seni tarian daripada Zeppo Youngsterz Crew berjaya menangkap kemeriahan malam raya.
“Pada saya, lagu Cerita Malam Raya ini membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk Hari Raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram. Hantu-hantu dalam video muzik ini memang menakutkan! Saya harap semua juga terhibur dengan video muzik ini sebagaimana kami semua berasa teruja semasa proses penggambaran,” penyanyi lagu ini lagi.

Bagi Pengarah Kreatif ZUS Coffee, Syafiqah Othman pula berkata, kerjasama yang dilakukan banyak hal-hal positif yang cuba diangkat menerusi video muzik Cerita Malam Raya.
“Cerita Malam Raya adalah projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.
“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films dan Zeppo Youngsterz Crew. Bila kami bekerjasama, ia mencetuskan pelbagai idea baharu dan bernas yang dikongsikan bersama masyarakat,” kata Shafiqah pula.
Selain itu, kempen Sembang-Sembang Dengan ZUS juga turut diadakan bersama artis tempatan bagi mengembalikan semula nostalgia dan memori kepada hal-hal yang menarik perhatian selain memberikan nafas baharu kepada kempen mereka.
Cerita Malam Raya telahpun dilancarkan baru-baru ini dan video muzik pula boleh ditonton melalui YouTube ZUS Coffee.