Katy Perry Rasmi Bercinta Dengan Bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau
Penyanyi Katy Perry kini secara rasmi mengesahkan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Perry membuat mengumumkan hubungan tersebut dengan memuat naik beberapa gambar di Instagram berserta kapsyen: “Masa di Tokyo ketika konsert jelajah dan beberapa perkara lagi,” tulisnya.
Hantaran itu memaparkan gambar Perry dan Trudeau ketika mereka berada di Jepun sempena konsert jelajah Asia The Lifetimes Tour.
Sebelum ini, Perry dan Trudeau membuat kemunculan pertama sebagai pasangan secara terbuka pada 25 Oktober lalu.
Ketika itu, mereka dilihat meninggalkan sebuah kelab kabaret terkenal di Paris bersama, susulan pertemuan awal ketika dilihat keluar bersama pada 28 Julai tahun ini ketika di Montreal, Kanada.
Memetik TMZ, pasangan itu memulakan janji temu mereka dengan berjalan-jalan di Taman Gunung Royal Montreal, menghabiskan kira-kira satu jam setengah di sana sebelum beralih ke makan malam.
Mereka kemudian dilihat menikmati hidangan bersama di Le Violon, sebuah restoran di Montreal.
