K-Pop Demon Hunters Bakal Muncul Di Pentas MAMA Awards 2025, Bakal Gabung Dunia Animasi & Realiti!

K-Pop Demon Hunters Bakal Muncul Di Pentas MAMA Awards 2025, Bakal Gabung Dunia Animasi & Realiti!

Lagu-lagu yang popular menerusi filem K-Pop Demon Hunters bakal membuat penampilan istimewa di MAMA Awards 2025.

Hal tersebut diumumkan oleh pengarah produksi, Ma Du Sik pada majlis sidang media anugerah tersebut yang berlangsung di CJ ENM Center Talent Studio pada Selasa.

Menurut Du Sik, mereka akan mengaburkan batas antara animasi dan realiti, sambil menjanjikan persembahan istimewa yang akan menghidupkan semula pertarungan legenda antara Saja Boys dan Huntrix di atas pentas secara langsung, sekaligus meningkatkan keterujaan peminat.

Tahun ini, UH HEUNG telah dipilih sebagai tema, yang membawa maksud semangat dan tenaga dalam gaya Korea.

Pelakon Park Bo Gum dan Kim Hye Soo pula diumumkan sebagai pengacara utama acara berprestij tersebut. Sementara itu, aktres yang pernah memenangi Oscar, Datuk Michelle Yeoh turut diumumkan sebagai penyampai anugerah.

Turut diumumkan beberapa persembahan istimewa, termasuk persembahan ulang tahun ke-20 Super Junior dan kumpulan Stray Kids yang dijadualkan bakal mempersembahkan lagu terkini mereka.

Anugerah MAMA mula diperkenalkan pada 1999 sebagai Mnet Music Video Festival, sebelum dijenamakan semula pada 2009 sebagai Mnet Asian Music Awards, iaitu majlis anugerah muzik Asia pertama di Korea.

Bagi mencerminkan pengaruh global K-Pop yang semakin berkembang, acara ini dijenamakan sekali lagi pada 2022 sebagai MAMA Awards, bagi menyesuaikan diri dengan pasaran muzik antarabangsa.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply