Jurulatih Renang Di China Viral Gara-Gara Berwajah Tampan

Seorang jurulatih renang di Hangzhou, China tular di media sosial gara-gara wajahnya yang tampan.

Menerusi beberapa video yang viral di media sosial, kelihatan jurulatih berkenaan sibuk membimbing anak-anak kecil yang ingin belajar berenang di Sekolah Sukan Elit, Chen Jinglun di sana.

Lebih lucu, ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sana sempat mengambil gambar jurulatih berkenaan secara curi-curi.

Seorang ibu berseloroh: “Tak pernah tengok mak-mak ‘punctual’ untuk kelas renang!”

Seorang lagi memberi amaran: “Hati-hati wahai para bapa, dia ada six-pack dan tahap kesabaran luar biasa.”

Untuk rekod, sekolah tersebut merupakan mempunyai sistem latihan renang yang sangat serius. Chen Jinglun bukan sekolah biasa, ia merupakan ‘kilang juara’ yang telah melahirkan legenda Olimpik seperti Sun Yang dan Ye Shiwen.

Setiap kali tibanya musim panas, pihak sekolah akan memantau lebih 100 tadika, menjemput 800 kanak-kanak untuk diujibakat dan hanya memilih sekitar 30 hingga 40 peratus yang paling berpotensi.

Manakala jurulatih ‘idaman’ itu? Dia hanyalah salah seorang daripada ramai jurulatih profesional yang bekerja hampir sepanjang tahun untuk membentuk generasi bintang renang yang seterusnya.

Related post

Leave a Reply