
Ini Sebab Kenapa Cha Eunwoo Basuh Pinggan Yang Banyak Ketika Wajib Ketenteraan
Walaupun sedang berkhidmat dalam tentera, ahli kumpulan ASTRO, Cha Eunwoo, tetap tidak dapat lari daripada pesona wajah superstarnya.
Menurut perkongsian peminat, Eunwoo dikatakan menerima lebih banyak tugasan membasuh pinggan berbanding yang lain.
Hal ini bukan disebabkan Eunwoo menerima hukuman akibat berbuat kesalahan, tetapi kerana semua orang mahu mencari alasan untuk mendekatinya.
Setiap kali tiba giliran Eunwoo melakukan tugas mencuci, askar lain akan secara ‘nakal’ menyerahkan pinggan mereka kepadanya, semata-mata untuk berpeluang berinteraksi dengannya.
Hasilnya, daripada semua yang bertugas, Eunwoo sering berakhir dengan timbunan pinggan paling banyak… segalanya kerana tarikan peribadinya yang sukar ditolak.
Seorang netizen berkongsi di platform X dengan menulis: “Anak bos saya masuk tentera pada masa yang sama dengan Cha Eunwoo, dan minggu itu Eunwoo ditugaskan membasuh pinggan.
“Semua askar hanya beri pinggan pada Eunwoo semata-mata nak tengok dia,” tulis hantaran berkenaan.
Nampaknya di mana sahaja dia berada, sama ada di pentas, dalam drama atau di tempat basuh pinggan, pesona Cha Eunwoo tetap menjadikannya pusat perhatian.
Penyanyi dan pelakon popular itu baru sahaja memulakan latihan ketenteraan pada 28 Julai lalu.