Hans Isaac Dilantik Sebagai Pengerusi Finas Yang Baharu
Datuk Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa 26 Mac 2025.
Hal tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Facebook rasmi Finas sebentar tadi.
“Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuatkuasa 26 Mac 2025,” tulis kenyataan berkenaan.
Sementara itu, bekas Pengerusi Finas yang sebelum ini, Datuk Kamil Othman dilantik sebagai Penasihat Industri berkuat kuasa pada 17 Mac lalu.