Gara-Gara Kontroversi Lampau, RM BTS Dibandingkan Dengan Tarzzan ALLDAY PROJECT

Gara-Gara Kontroversi Lampau, RM BTS Dibandingkan Dengan Tarzzan ALLDAY PROJECT

Nama anggota kumpulan BTS, RM kembali menjadi sebutan netizen selepas imej dan gaya perwatakan Tarzzan, anggota kumpulan rookie, ALLDAY PROJECT menjadi sorotan netizen sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang individu mempersoalkan gaya RM pada waktu mudanya, yang dikatakan terikut-ikut dengan gaya penyanyi rap kulit hitam, sama seperti Tarzzan.

Sungguhpun Tarzzan menerima kecaman yang tidak henti-henti daripada netizen, namun, RM dikatakan terlepas daripada menjadi bualan dan perbalahan peminat muzik K-Pop.

Sehubungan dengan itu, ramai yang mula bersuara dan menuduh RM pernah berkelakuan lebih teruk pada masa lalu berbanding apa yang dilakukan Tarzzan sekarang.

Ada juga yang kembali menyebut mengenai persembahan di SBS Inkigayo yang memperlihatkan RM menyanyikan lagu dengan lirik yang mempunyai perkataan ‘N’.

Selain itu, ambar RM dengan gaya rambut tocang warga kulit hitam dikatakan sama dengan gaya rambut Tarzzan ketika awal debut pertengahan tahun ini.

Di pihak lain, ramai yang mempertahankan RM. Peminat mendakwa RM pernah membuat permohonan maaf selain dikatakan yang RM jauh telah berubah sejak fasa itu.

Video tersebut tiktok berkenaan telah mencapai lebih 200,000 tontonan dengan tanda suka melebihi 13,000.

Related post

Leave a Reply