G-Dragon Bersahabat Baik Dengan Cucu Bekas Pengerusi Kehormat Daelim Group

G-Dragon Bersahabat Baik Dengan Cucu Bekas Pengerusi Kehormat Daelim Group

Pempengaruh Lee Joo Young, yang merupakan generasi keempat keluarga konglomerat Daelim Group, sekali lagi mengesahkan persahabatannya yang telah terjalin sekian lama bersama penyanyi popular, G-Dragon.

Hal tersebut dapat dilihat menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di platform media sosialnya.

Antara gambar-gambar yang dimuat naik, Joo Young dilihat menghadiri konsert G-Dragon sebelum bergambar bersama penyanyi itu di sebuah bilik menunggu yang dipercayai berada di belakang pentas.

Dalam foto berkenaan, G-Dragon mengenakan jaket bercorak kotak-kotak dengan cermin mata hitam diletakkan di atas kepala, menampilkan gaya santai dan bebas. Joo Young pula berdiri di sebelahnya mengenakan jaket kulit mewah berwarna hitam serta beg sepadan, menyerlahkan penampilan ringkas namun elegan.

Sejambak bunga daisi putih yang dipegang G-Dragon dipercayai diberikan olehJoo Young. Dia turut berkongsi barangan seperti sarung telefon dan anak patung hasil kolaborasi G-Dragon, sekali gus memperlihatkan sokongan sebagai peminat.

Seperti semua sedia maklum, Lee Joo Young mengenali G-Dragon sejak awal kemunculan Big Bang.

Dia juga sering mencuri perhatian kerana bersahabat dengan Annie, generasi ketiga keluarga Shinsegae Group serta anggota kumpulan All Day Project.

Untuk rekod, Lee Joo Young merupakan cucu kepada bekas pengerusi kehormat Daelim Group, Lee Joon Yong, dan anak sulung kepada Lee Hae Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Comtec.

Sumber: Allkpop

Habis.

Related post

Leave a Reply