Foto G-Dragon Berdiri Atas Kerusi Keretapi Bawah Tanah Cetus Perdebatan

Foto G-Dragon Berdiri Atas Kerusi Keretapi Bawah Tanah Cetus Perdebatan

G-Dragon menjadi bahan perdebatan hangat dalam talian selepas beberapa foto yang dimuat naik ketika berada di Amerika Syarikat mencetuskan reaksi bercampur daripada netizen.

Pada 4 Disember, beberapa foto dimuat naik tanpa kapsyen di akaun Instagram yang dipercayai dikendalikan oleh kakitangan G-Dragon. Imej tersebut menunjukkan penyanyi itu menghadiri acara Chanel 2026 Métiers d’Art Collection Show di Amerika Syarikat.

Dalam siri gambar itu, beberapa foto menarik perhatian: G-Dragon dilihat bergaya sambil berdiri di atas kerusi dalam subway dengan kasutnya dan dalam gambar lain, dia duduk di tempat yang bertanda ‘Priority Seating’, khusus untuk penumpang yang mempunyai keperluan khas.

Foto-foto ini segera mencetuskan perbincangan dalam talian. Sebahagian netizen mengkritik tingkah lakunya.

“Apa yang dia buat dalam subway negara orang?”

“Walaupun di luar negara dan subway kosong, tak sepatutnya berdiri atas kerusi dengan kasut.”

Namun, ada juga yang membela penyanyi tersebut, dengan menyatakan foto itu mungkin diambil dalam keadaan terkawal.

“Dua orang dalam gerabak di hadapan nampak macam staf, jadi ia mungkin dibenarkan.”

“Ia nampak seperti set sementara yang dibuat khas untuk acara itu.”

“Korang ingat G-Dragon tak tahu etika asas? Di Amerika pun orang masuk bilik tidur pakai kasut.”

Kontroversi ini hadir tidak lama selepas G-Dragon menerima kritikan berkaitan persembahannya di 2025 MAMA Awards di Hong Kong pada 29 November lalu.

Ketika persembahan, dia dilihat bergelut dengan nota tinggi, berhenti menyanyi pada beberapa bahagian dan banyak bergantung kepada vokal AR. Persembahan itu sekali lagi membuka perdebatan mengenai keadaan vokalnya dan kemampuan untuk menyanyi secara langsung.

Related post

Leave a Reply