Fazley Yaakob Pertahan Bekas Isteri Meski Dikecam Buka Tudung

Fazley Yaakob Pertahan Bekas Isteri Meski Dikecam Buka Tudung

Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob menegaskan dia tetap akan melindungi bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz, walaupun wanita itu kini berdepan kecaman selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Fazley menjelaskan, Azrene sebenarnya bukanlah sentiasa bertudung sejak mereka masih bergelar suami isteri.

“Saya tetap akan melindungi Azrene sampai ke hujung hayat saya. Bila dia buat keputusan untuk buka tudung, itu sesuatu yang baru orang nampak.

“Sebenarnya, sejak kami berkahwin pun, dia bukan bertudung sepanjang masa. Jadi bagi saya, kita tak wajar menilai baik buruk seseorang hanya berdasarkan penampilan,” katanya.

Tambah Fazley, soal bertudung adalah hak individu dan orang luar tidak sepatutnya bersangka buruk terhadap keputusan yang dibuat.

“Bertudung itu pilihan masing-masing. Saya tetap menyokong apa saja keputusan Azrene dan akan terus berada di sisinya.

“Kalau kita bersangka baik, niat kita juga baik. Tapi bila bersangka buruk, itu bermaksud kita bermula dengan niat yang tidak elok,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun berpisah pada Oktober 2024 selepas 18 tahun bersama.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata yang kini berada di bawah jagaan bersama.

Related post

Leave a Reply