Duta Besar Israel Dijerkah Aktivis Korea Selatan Ketika Sedang Makan
Lagi kisah orang awam yang lantang dan berani memperjuangkan Palestin yang kini masih ditindas kejam oleh Israel.
Terbaharu, seorang Duta Besar Israel yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di Korea Selatan menerima kejutan yang tidak diduga.
Menerusi satu video yang viral di X, Duta Besar Israel itu kelihatan terpinga-pinga apabila dia dijerkah oleh seorang aktivis yang menyokong Palestin.
“Kamu duta besar Israel di Korea, bukan?”
Selepas bertanyakan soalan itu, aktivis berkenaan dengan lantang melaungkan ‘Free Palestine, Stop Genocide’ di hadapan lelaki berkenaan.
Tidak hanya itu, lelaki berkenaan turut membawa bendera Palestin.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan aktivis tersebut. Ada yang berpendapat warga Israel sepatutnya tidak diterima walau di mana pun.