Dikatakan Amal Diet Ekstrem Untuk Turun 10KG, HyunA Pengsan Ketika Buat Persembahan
Penyanyi dan bintang K-Pop terkenal, HyunA dilaporkan pengsan di atas pentas ketika menjayakan persembahan di acara Waterbomb 2025 Macau pada 9 November lalu.
Ketika menyanyikan lagu hitnya, Bubble Pop!, HyunA dilihat tiba-tiba tumbang secara mengejut.
Penari latar yang jelas terkejut terus bergegas membantunya, sementara seorang pengawal keselamatan naik ke pentas dan mendukung HyunA keluar dari kawasan persembahan.
Ketika dibawa keluar, para penari cuba menutup bahagian kakinya untuk menjaga privasi.
Video yang tular di YouTube itu menunjukkan HyunA kelihatan tidak sedarkan diri dan lemah ketika insiden berlaku.

Insiden berkenaan menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan peminat, terutamanya selepas HyunA sebelum ini mendedahkan dia sedang mengamalkan diet ekstrem.
Selepas rakaman kejadian tersebut tersebar di media sosial, ruangan komen Instagram HyunA dibanjiri mesej risau daripada peminat, antaranya:
“Unnie, awak okey tak? Kami risau sangat.”
“Apa yang berlaku sebenarnya?”
“Cepat sembuh ya!”
“Jaga kesihatan, HyunA!”
Awal bulan lalu, HyunA sebelum ini mengumumkan sedang berdiet, selepas timbul khabar angin mengenai kehamilan akibat kenaikan berat badan.
Hanya beberapa hari lalu, pada 5 November, HyunA memuat naik gambar penimbang menunjukkan berat badannya 49.88 kilogram, mengesahkan bahawa dia telah berjaya menurunkan 10 kilogram dalam tempoh singkat.
Sumber: Allkpop
