Didakwa Hubungan Keluarga Berantakan, Anak Sekat David & Victoria Beckham Di Instagram

Didakwa Hubungan Keluarga Berantakan, Anak Sekat David & Victoria Beckham Di Instagram

Nampaknya musim percutian kali ini tidak begitu indah buat keluarga Beckham, apabila Brooklyn Beckham, anak sulung kepada David dan Victoria Beckham didakwa telah menyekat (blocked) kedua-dua ibu bapanya di Instagram.

Brooklyn bersama isterinya Nicola Peltz dipercayai tidak mempunyai hubungan dengan Victoria dan David.

Menurut laporan People, pertelingkahan ini dikatakan bermula sejak majlis perkahwinan Brooklyn dan Peltz, apabila Peltz memilih untuk memakai gaun bukan rekaan Victoria, walaupun sebelum itu dikatakan bersetuju untuk berbuat demikian.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2022 itu juga didakwa dicemari satu lagi insiden besar, apabila Victoria dikatakan telah mengganggu tarian pertama pasangan pengantin tersebut, sekali gus merosakkan detik istimewa berkenaan.

Sejak itu, khabar angin mengenai keretakan hubungan antara pasangan Beckham dan anak menantu terus berlegar, walaupun kedua-dua pihak menafikan hal tersebut.

Begitupun, Brooklyn dilihat tidak menghadiri beberapa majlis penting yang melibatkan bapanya, termasuk majlis penganugerahan gelaran kesatria, sambutan ulang tahun ke-50 serta kemenangan Inter Miami dalam MLS Cup.

Menjelang Krismas, konflik ini dilihat semakin panas. Pada 20 Disember lalu, Brooklyn, David dan Victoria dilaporkan telah saling berhenti mengikuti satu sama lain di Instagram.

David dan Victoria juga dikatakan tidak mengikuti Nicola Peltz di akaun media sosial mereka.
Bagaimanapun, anak ketiga mereka, Cruz, menafikan laporan tersebut.

Menerusi Instagram, Cruz memberi respons terhadap artikel serupa oleh Daily Mail (yang kini dipercayai telah dipadam), dengan menulis: “Tidak benar. Ibu dan bapa saya tidak mungkin berhenti mengikuti anak mereka. Mari betulkan, mereka yang disekat, sama seperti saya,” tulis Cruz.

Menurut laporan Daily Mirror, pasangan Bekham masih memberi jemputan terbuka kepada Brooklyn untuk pulang menyambut Krismas bersama keluarga, namun jemputan itu tidak disambut.

Malah, Brooklyn dan isterinya secara terbuka mengumumkan bahawa mereka akan meraikan percutian tersebut bersama keluarga Peltz.

Related post

Leave a Reply