“Di Amerika Saya Orang Korea, Di Korea Saya Asing” – Ailee

“Di Amerika Saya Orang Korea, Di Korea Saya Asing” – Ailee

Penyanyi Korea-Amerika, Ailee, berkongsi tentang kekeliruan identiti dan cabaran yang dihadapinya selepas menjadi penyanyi di Korea.

Menerusi saluran YouTube Goeun Unnie, Ailee mengimbau kenangan bersama pelakon Han Go Eun, yang juga seorang Korea-Amerika, sambil membincangkan perbezaan budaya, cabaran menyesuaikan diri di Korea, serta pengalaman mereka dalam industri hiburan.

“Selepas memuat naik video di YouTube 18 tahun lalu, saya mula mendapat perhatian dan menerima banyak permintaan untuk datang ke Korea bagi menghadiri uji bakat.

“Masa itu saya masih dalam usia 20-an. Saya rasa semuanya menyeronokkan. Saya sangat suka budaya Korea sehingga sangat gembira dapat berkarier di Korea,” katanya yang memulakan karier sebagai penyanyi di sana pada 2012.

Namun, Ailee mengakui proses menyesuaikan diri tidaklah begitu mudah.

“Semasa saya tinggal di Amerika Syarikat (AS), saya dianggap sebagai orang Korea oleh rakan-rakan. Tetapi apabila saya tiba di Korea, saya dianggap orang asing. Saya rasa saya sentiasa berada di tengah-tengah.

“Bahagian yang paling seronok adalah tinggal di Korea, tetapi ada juga situasi di mana saya rasa seperti orang luar dan minoriti,” katanya lagi.

Ailee debut sebagai penyanyi dan pelakon pada 2012. Dia muncul sebagai pelakon dalam drama Dream High 2 dan mencetuskan fenomena dalam industri muzik dengan single debutnya Heaven.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply