GlobalMusic

Dara Akui Berat Badan Naik 3 Kilogram

Anggota 2NE1, Sandara Park atau Dara, berkongsi perkembangan terbaharu bersama peminat selepas menamatkan tempoh rehat selama dua bulan.

Anggota kumpulan 2NE1, Dara memuat naik beberapa foto terbaharu di media sosial termasuk gambar kad pengenalannya.

Perkongsian Dara pantas mencuri perhatian dan menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.

Sungguhpun terbukti mempunyai raut wajah yang menawan serta visual yang hampir sempurna, Dara tetap jujur dengan keadaan tubuh badannya.

Menerusi ruangan kapsyen, Dara menulis: “Kemas kini hidup! Saya berehat dengan baik selama kira-kira dua bulan. Sekarang masanya untuk kembali bekerja! Saya juga naik 3 kilogram!” tulisnya.

Dara turut berkongsi foto ketika berlepas ke Singapura. Mengenakan kot bulu hitam dipadankan dengan kaca mata hitam, Sandara Park tampil bergaya dengan gaya lapangan terbang yang ringkas namun elegan.

“Cuaca sangat sejuk sehingga saya mengalami selesema teruk untuk seketika, tetapi saya makan dengan baik, tidur dengan cukup, belajar dengan baik dan secara keseluruhannya berada dalam keadaan baik.

“Saya harap Blackjack kesayangan saya juga sentiasa sihat dan bahagia,” katanya.

Sandara Park yang dilahirkan pada tahun 1984 kini berusia 41 tahun dan membuat debut di Korea Selatan pada tahun 2009 sebagai anggota kumpulan 2NE1.

Tahun lalu, 2NE1 kembali bersatu sebagai kumpulan penuh dan berjaya mengadakan konsert WELCOME BACK, sekali gus melengkapkan jelajah Asia sempena ulang tahun ke-15 mereka dengan 27 persembahan di 12 bandar.

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button