D.O. Sertai Syarikat Pengurusan Baharu
Anggota kumpulan EXO, penyanyi solo dan pelakon Doh Kyung Soo (D.O.) kini menyertai Blitzway Entertainment, sebuah syarikat pengurusan yang memberi tumpuan kepada bidang lakonan.
Presiden Blitzway Entertainment, Hong Min Ki, berkata, mereka menyambut baik kehadiran D.O. dan menyokong secara penuh aktiviti figura popular itu.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Doh Kyung Soo, seorang pelakon yang diiktiraf di dalam dan luar negara serta artis global yang disayangi peminat K-Pop di seluruh dunia.
“Melalui sistem pengurusan rakaman yang baru kami wujudkan, kami akan menyokong sepenuhnya aktiviti Doh Kyung Soo bukan sahaja dalam bidang lakonan, tetapi juga muzik kumpulan dan solonya,” katanya.
Terdahulu, pada Mei, Blitzway Entertainment telah mengambil alih label muzik KLAP. Agensi itu kini menempatkan beberapa bintang terkenal seperti Ju Ji Hoon, Chun Woo Hee, Woo Do Hwan, Chae Jong Hyup dan Kim Ye Rim.
Sementara itu, Doh Kyung Soo kini membintangi siri asal Disney+ berjudul The Manipulated, yang mula ditayangkan pada 5 November lalu.
Sumber: Allkpop
.
