Comeback Semakin Hampir, BLACKPINK Mulakan Penggambaran Video Muzik Minggu Ini
Comeback BLACKPINK yang dinanti-nantikan semakin hampir, dengan kumpulan itu kini memulakan penggambaran muzik video baharu mereka minggu ini. Berita ini menandakan bahawa kemunculan semula sebelum mereka pada akhir tahun berada di landasan tepat.
YG Entertainment, agensi yang menguruskan aktiviti kumpulan BLACKPINK, mengumumkan perkara tersebut pada 20 Oktober lalu.
“BLACKPINK akan memulakan penggambaran video muzik untuk lagu baharu mereka minggu ini. Kesemua anggota kumpulan dan juga kakitangan sedang memberikan komitmen sepenuhnya untuk menghasilkan karya terbaik.
“Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sabar menantikan comeback BLACKPINK. Album ini kini berada di peringkat akhir dengan fokus untuk mempertingkatkan kualiti muzik.
“Sebaik sahaja semua persiapan selesai, kami akan berkongsi lebih banyak berita baik melalui pengumuman rasmi,” kata kenyataan tersebut.
BLACKPINK kali terakhir meluncurkan album penuh kedua, BORN PINK, pada 16 September 2022, dengan single pra-rasmi Pink Venom dan lagu utama Shut Down.
Album berkenaan meraih kejayaan global yang luar biasa. Ketika meneruskan jelajah dunia, kumpulan itu turut mengeluarkan single “JUMP” pada Julai tahun ini.
Walaupun terdapat laporan yang mendakwa BLACKPINK bakal comeback sekitar pertengahan Disember, YG Entertainment menjelaskan bahawa tiada tarikh khusus ditetapkan buat masa ini.
