Penyanyi dan pelakon, Cha Eunwoo berkongsi beberapa keping gambar menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
Antara yang dikongsikan termasuk fotonya sambutan hari jadi, selain gambarnya baru sahaja memotong rambut.
Pada ruangan kapsyen, Eunwoo menulis ringkas: “Baru-baru ini.”
Meninjau pada ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat dan pengikutnya yang dapat menjangkakan yang potongan rambut baharu itu merupakan sebagai persedian dirinya untuk memulakan wajib ketenteraan yang bakal bermula pad 28 Julai ini.
“Eunwoo! Fighting! Countdown very soon,” tulis seorang peminat.
Sungguhpun bakal meninggalkan peminat buat seketika, Eunwoo sudah pun selesai merakamkan album solo terbaharu dan akan menemui peminat pada September depan.
Sebagai tanda ucap selamat tinggal, Eunwoo sempat melangsungkan sesi bertemu peminat di Seoul dan Tokyo pada minggu lalu.
Menerusi acara yang berjudul The Royal itu, Eunwoo sempat mendendangkan beberapa lagu yang belum dilancarkan lagi, termasuk lagu runut bunyi popular, Soda Pop yang dipetik daripada filem KPop Demon Hunter.